Gambar Pilihan Hari Ini
Pernahkah anda terfikir dari mana datangnya inspirasi bagi reka bentuk menarik gedung rasmi terbaru Apple di S'pura?
BERITAmediacorp: Pembukaan gedung rasmi kedua Apple di Singapura baru-baru ini menarik banyak sorotan media. Meskipun dibuka di tengah-tengah suasana agak suram akibat pandemik global COVID-19, ia turut menerima sambutan hangat peminat jenama itu - dengan ada dilaporkan tidak tidur malam menantikan peluang memasuki kedai 'terapung' itu!
Namun pernahkah anda terfikir dari mana datangnya inspirasi bagi reka bentuk menarik itu? Gambar Pilihan Hari Ini memetik jawapannya oleh seorang pengguna forum Reddit, 'MervSoon', yang memuat naik gambar membandingkan bangunan bulat dengan garis mendatar itu dengan sebuah tudung saji tradisional.
Catatan tersebut menarik pelbagai komen mencuit hati oleh pengguna Reddit lain, yang antara lain membandingkan bentuk bangunan itu dengan tapisan di dapur dan 'Death Star' dari filem Star Wars. Walau apapun sentimen ramai, gedung terbaru Apple ini ternyata menyerikan lagi pemandangan panorama di sekitar Marina Bay Sands.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.