Gambar Pilihan Hari Ini
Negara-negara dunia sudah bertahap-tahap menyambung semula kehidupan seperti biasa meskipun penghujung krisis pandemik COVID-19 belum lagi terlihat. Ini termasuk negara-negara yang teruk terjejas di rantau Amerika Latin.
BERITAmediacorp: Negara-negara dunia sudah bertahap-tahap menyambung semula kehidupan seperti biasa meskipun penghujung krisis pandemik COVID-19 belum lagi terlihat. Ini termasuk negara-negara yang teruk terjejas di rantau Amerika Latin.
Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan seorang murid tarian balet di Paraisopolis, kawasan kediaman kedua terbesar di Sao Paulo, Brazil, sedang giat berlatih. Kanak-kanak ini dan 200 murid lain akhirnya berpeluang menyambung latihan selepas lima bulan sekolah mereka ditutup.
Penularan virus di daerah itu masih belum reda. Malah jumlah kes di Sao Paolo hampir mencecah 883,000 pada Sabtu (12 Sep) dengan lebih 32,300 terkorban - menjadikannya kawasan paling teruk terjejas di Brazil.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.