Gambar Pilihan Hari Ini
Boleh dikatakan satu aspek penting pengalaman berwisata adalah pengalaman penerbangan ke destinasi - bermula daripada penantian di lapangan terbang, menaiki pesawat, suasana dalam pesawat hinggalah mendarat di destinasi.
BERITAmediacorp: Boleh dikatakan satu aspek penting pengalaman berwisata adalah pengalaman penerbangan ke destinasi - bermula daripada penantian di lapangan terbang, menaiki pesawat, suasana dalam pesawat hinggalah mendarat di destinasi.
Bagi syarikat penerbangan Thai Airways, sekatan sempadan dan penerbangan ekoran COVID-19 tidak menghalangnya untuk menghidupkan semula sebahagian daripada pengalaman itu. Gambar Pilihan Hari Ini memetik tangga jambatan pesawat yang biasanya dinaiki penumpang untuk ke pesawat. Cuma kali ini, tangga itu tidak menuju ke pesawat tapi sebaliknya ke sebuah restoran bertemakan pesawat.
Usaha kreatif itu selain menjana pendapatan untuk syarikat tersebut, dapat mengubati rindu 2,000 pelanggan sehari yang ingin mengimbas pengalaman makan di dalam pesawat. Selain tangga pesawat, restoran itu turut dihiasi dengan barang ganti enjin, tingkap dan kipas pesawat untuk menghidupkan suasana mirip dalam penerbangan.
LAPORAN BERKAITAN:
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.