Gambar Pilihan Hari Ini
Kita sudahpun melangkah ke suku terakhir 2020 dan tentu sekali, ada yang gian untuk melancong ke luar negara. Lebih-lebih lagi setelah semua pelan percutian seperti yang direncanakan buat tahun ini tergendala dek COVID-19 sehingga satu waktu yang belum pasti.
BERITAmediacorp: Kita sudahpun melangkah ke suku terakhir 2020 dan tentu sekali, ada yang gian untuk melancong ke luar negara. Lebih-lebih lagi setelah semua pelan percutian seperti yang direncanakan buat tahun ini tergendala dek COVID-19 sehingga satu waktu yang belum pasti.
Bagi memenuhi kerinduan orang ramai menaiki pesawat, sebuah restoran di Ancol, Jakarta, menawarkan khidmat menjamu selera dalam suasana sebuah kabin seperti dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Restoran kabin pesawat bernama Taman Santap Rumah Kayu Ancol itu membawakan pengalaman tersebut kepada para pelanggannya menerusi satu unit bangkai pesawat Boeing 737 400 milik Sriwijaya Air, yang diubah suai semula untuk menjadi tempat makan.
Namun, pelanggan yang mahu menjamu selera dalam kabin tersebut hanya boleh memesan menu yang sudah dipakejkan - mencakupi pembuka selera, makanan utama dan pencuci mulut. Konsep ini sememangnya serupa dengan keadaan apabila berada di awan biru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.