Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kelihatan seperti seekor harimau buas yang mencerobohi 'hutan' bandar. Namun, jika diperhatikan dengan lebih dekat lagi, haiwan dalam Gambar Pilihan Hari Ini sebenarnya adalah seekor anjing terbiar.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 05 Sep 2020 12:00PM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 12:02PM

BERITAmediacorp: Kelihatan seperti seekor harimau buas yang mencerobohi 'hutan' bandar. Namun, jika diperhatikan dengan lebih dekat lagi, haiwan dalam Gambar Pilihan Hari Ini sebenarnya adalah seekor anjing terbiar.

Anjing ini, yang seluruh badannya nampak seolah-olah dicat warna jingga dengan belang-belang hitam untuk menyerupai seekor harimau, menjadi tular di media sosial minggu lalu. Ini selepas Persatuan Haiwan Malaysia mengongsikan beberapa gambar di laman Facebooknya.

Namun, tidak diketahui bila insiden tersebut berlaku ataupun sama ada kelibat anjing itu dilihat di Malaysia.

Persatuan tersebut merancang menawarkan ganjaran kepada sesiapa saja yang mempunyai maklumat tentang anjing berkenaan sekiranya ia benar-benar dijumpai di Malaysia.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan