Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sekilas pandang, Gambar Pilihan Hari Ini kelihatan seperti gambar lahar mengalir dari sebuah gunung berapi, disaksikan oleh orang ramai. Namun hakikatnya ia sebenarnya bukan gunung berapi, tetapi gunung yang sedang berapi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Apu GOMES/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2020 06:35PM Dikemas Kini : 16 Aug 2020 06:43PM

BERITAmediacorp: Sekilas pandang, Gambar Pilihan Hari Ini kelihatan seperti gambar lahar mengalir dari sebuah gunung berapi, disaksikan oleh orang ramai. Namun hakikatnya ia sebenarnya bukan gunung berapi, tetapi gunung yang sedang berapi.

Gunung yang dimaksudkan adalah pergunungan San Gabriel di sempadan California dan Nevada, yang kawasan hutan dan belukarnya sedang terbakar. Kebakaran begitu dahsyat sehingga khidmat kaji cuaca mengeluarkan amaran terbentuknya "pusaran atau puting beliung api" sekencang 96 kilometer sejam, dengan para penduduk berdekatan diarah berpindah.

Sehingga malam semalam, pasukan bomba baru dapat mengawal sekitar 5 peratus daripada kebakaran yang bermula kelmarin dan sudah memusnahkan 8,000 hektar kawasan hutan dan belukar. 

Sumber : Agensi berita/UR/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan