Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Usaha mengendalikan krisis pandemik COVID-19 adalah proses yang sukar dan rumit. Keperluan menyekat pergerakan dan operasi perniagaan demi membendung penularan virus, perlu diimbangi dengan keperluan ekonomi dan mata pencarian orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Konsert yang melaksanakan jarak selamat di Newcastle, pada Ogos 2020 (Gambar: PA Media)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 03:22PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 03:32PM

BERITAmediacorp: Usaha mengendalikan krisis pandemik COVID-19 adalah proses yang sukar dan rumit. Keperluan menyekat pergerakan dan operasi perniagaan demi membendung penularan virus, perlu diimbangi dengan keperluan ekonomi dan mata pencarian orang ramai.

Tidak terkecuali adalah industri hiburan, yang walaupun mungkin dianggap kurang genting dari segi kehidupan masyarakat seharian, turut melibatkan periuk nasi ramai pekerja. Gambar Pilihan Hari Ini memetik huraian inovatif yang dilaksanakan penganjur sebuah konsert baru-baru ini di Newcastle. Selain tempat duduk berasingan untuk menjaga jarak fizikal, langkah-langkah lain seperti laluan sehala, syarat memakai pelitup dan tempahan awal makanan untuk elak beratur turut dikuat kuasa.

Menurut BBC, kesemua 2,500 tiket bagi acara itu laris dijual dalam beberapa minit sahaja, membayangkan permintaan kukuh bagi acara sedemikian. Adakah ini juga gambaran bagaimana konsert-konsert akan diadakan di masa hadapan?


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan