Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pelitup muka semestinya 'aksesori' wajib sekarang sedang kita melalui kehidupan seharian dalam norma baru dek pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Ronen Zvulun)/REUTERS)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 09:49AM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 09:50AM

BERITAmediacorp: Pelitup muka semestinya 'aksesori' wajib sekarang sedang kita melalui kehidupan seharian dalam norma baru dek pandemik COVID-19.

Namun, ada insan yang sanggup berhabisan wang ringgit hanya untuk sekeping alat perlindungan peribadi seperti dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Rekaan pelitup sentuhan kreatif para pembuat barang kemas di Israel ini dihasilkan daripada emas 18 karat dengan 3,600 berlian hitam dan putih. Bukan sekadar satu fesyen, ia bahkan akan dilengkapi dengan penapis N99 untuk menawarkan perlindungan lebih tinggi, menurut jenama barang kemas Yvel.

Ini kerana pelitup mewah bernilai AS$1.5 juta (S$2 juta) tersebut bukan sekadar satu hasil seni tetapi sebenarnya tempahan daripada seorang klien yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Jenama barang kemas itu menggambarkan kliennya sebagai pengumpul seni bangsa Cina yang menetap di Amerika Syarikat.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan