Gambar Pilihan Hari Ini
Sekolah-sekolah di Bangkok, Thailand, menyambut kembali kedatangan para pelajar pada awal Julai setelah kelonggaran diberikan kepada langkah-langkah COVID-19 yang ketat.
BERITAmediacorp: Sekolah-sekolah di Bangkok, Thailand, menyambut kembali kedatangan para pelajar pada awal Julai setelah kelonggaran diberikan kepada langkah-langkah COVID-19 yang ketat.
Dengan keadaan pandemik itu terus tidak menentu, pihak sekolah seperti tadika dalam Gambar Pilihan Hari Ini terus berwaspada dan mengamalkan langkah pengurusan selamat.
Kanak-kanak berpeluang meneruskan kegiatan di sekolah seperti waktu bermain dengan rakan-rakan mereka namun, dengan interaksi terbatas dari dalam kepompong mereka sendiri.
Selain itu, tadika tersebut juga memasang singki dan dispenser sabun serta sanitizer tangan di luar setiap bilik darjah.
Alat pemantau suhu badan juga turut dipasang di pintu masuk untuk merekodkan suhu badan para pelajar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.