Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sudahlah menyandang beg yang besar daripada tubuh, bayi pula perlu digendong dan seorang lagi anak kecil terpaksa dibawa bersama sekali.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Natie Artistry/Facebook)

Diterbitkan : 06 Aug 2020 01:14PM Dikemas Kini : 06 Aug 2020 01:16PM

BERITAmediacorp: Sudahlah menyandang beg yang besar daripada tubuh, bayi pula perlu digendong dan seorang lagi anak kecil terpaksa dibawa bersama sekali.

Ibu muda dari Moscow, Rusia, dalam Gambar Pilihan Hari Ini menjadi perbualan hangat netizen apabila kelibat beliau melakukan penghantaran menaiki pengangkutan awam sambil membawa kedua-dua anaknya menjadi tular di media sosial.

Namun, anak-beranak ini tidak asing lagi kepada warga tempatan kerana berita tentang ibu muda berusia 19 tahun bernama Lada Koroleva itu, yang gigih mencari rezeki, pernah beberapa kali meraih perhatian di Rusia.

Bahkan, beliau mendapat liputan agak meluas dengan pelbagai versi tentang kisah hidupnya.

Apa juga sekalipun cerita sebenarnya, hakikatnya, Lada sudahpun belajar hidup berdikari dengan melakukan kerja penghantaran sejak usia 17 tahun lagi ketika baru menjadi ibu demi menyara keluarganya.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan