Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi
    (Gambar: Instagram/@nesma_farahat)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan ungkapan rindu seorang pekerja pembersihan kepada keluarga yang tercinta di tanah air.

Menggunakan ranting dan daun kering, seorang pekerja pembersihan di Dubai melakarkan bentuk hati yang mencerminkan rasa rindunya terhadap insan-insan tersayang yang berjauhan selama hampir setahun.

Detik yang cukup menyentuh hati itu berjaya dirakam oleh seorang penduduk yang kebetulan sedang menjenguk di luar tingkapnya.

- BERITAmediacorp/ha

Top