Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar Pilihan Hari Ini memetik suasana sekitar persiapan menjelang sambutan Aidiladha di Dakar, Senegal. Pengembala kambing ini sedang menarik kambing peliharaannya yang kelihatan enggan dibawa untuk 'mandi' di laut.
BERITAmediacorp: Tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan yang sangat berbeza, diselubungi kebimbangan ekoran penularan COVID-19. Meskipun ibadah haji dilaksanakan tahun ini dengan sekatan tertentu, aspek lain berkaitan dengan Aidiladha masih diamalkan oleh umat Islam sedunia, seperti ibadah Korban.
Gambar Pilihan Hari Ini memetik suasana sekitar persiapan menjelang sambutan Aidiladha di Dakar, Senegal. Pengembala kambing ini sedang menarik kambing peliharaannya yang kelihatan enggan dibawa untuk 'mandi' di laut, satu tradisi yang dilakukan di negara itu untuk haiwan-haiwan korban menjelang Aidiladha.
Di Singapura pula, meskipun ibadah tersebut tidak dapat dilakukan secara fizikal bagi tahun ini, masjid-masjid di sini mengambil tempahan masyarakat setempat untuk melakukan ibadah tersebut di luar negara sebelum daging korban diagihkan kepada golongan susah di sini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.