Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Jangan perbetulkan skrin anda. Ini bukan hasil suntingan Photoshop, mahupun adegan filem komedi Amerika Syarikat pada 1992 iaitu 'Honey, I Blew Up The Kids' yang berkisar tentang seorang saintis yang menjadikan anaknya seperti gergasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: GEOFF CADDICK/AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 03:32PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 03:41PM

BERITAmediacorp: Jangan perbetulkan skrin anda. Ini bukan hasil suntingan Photoshop, mahupun adegan filem komedi Amerika Syarikat pada 1992 iaitu 'Honey, I Blew Up The Kids' yang berkisar tentang seorang saintis yang menjadikan anaknya seperti gergasi.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Adeline, di Model Village at Bourton on the Water, di barat England, sebuah daya tarikan yang memaparkan model-model bangunan bersaiz kecil. Seperti Model Village, banyak daya tarikan lain di dunia sudah mula membuka pintu masing-masing secara bertahap-tahap sedang dunia cuba pulih daripada kesan pandemik COVID-19. Namun seperti tempat-tempat lain, langkah berjaga-jaga seperti papan tanda dan penguatkuasaan jarak selamat perlu dilaksanakan untuk cuba mengurangkan risiko berlaku penularan semula virus korona itu.

Pada masa yang sama, sebilangan daya tarikan seperti Taj Mahal di Agra, India terpaksa ditunda pembukaannya, gara-gara lonjakan pada jumlah kes baru COVID-19.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan