Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bak pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Namun dalam adegan yang dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini, mungkin ia boleh disesuaikan untuk berbunyi, jika tiada penonton, pokok pun boleh jadi penonton.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Jordi Vidal/Getty Images menerusi Instagram/BBC News)

Diterbitkan : 25 Jun 2020 03:40PM Dikemas Kini : 25 Jun 2020 03:47PM

BERITAmediacorp: Bak pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Namun dalam adegan yang dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini, mungkin ia boleh disesuaikan untuk berbunyi, jika tiada penonton, pokok pun boleh jadi penonton.

Gambar tersebut dipetik di panggung opera Liceu di Barcelona dan ia merupakan persembahan pertama diadakan di sana sejak sekian lama dek penutupan tempat-tempat awam di tengah-tengah krisis COVID-19. Namun yang menariknya, sekumpulan empat pemain muzik klasik itu bukan membuat persembahan di hadapan penonton tetapi kepada 2,292 tumbuh-tumbuhan yang kemudian didermakan kepada para petugas kesihatan barisan hadapan sebagai tanda penghargaan.

Menurut Eugenio Ampudia, iaitu artis di sebalik konsert itu, persembahan tersebut bertujuan untuk menggambarkan bagaimana apabila manusia mengundurkan dan mengasingkan diri di tengah-tengah pandemik, alam semula jadi mula tumbuh mekar di tempat-tempat di mana manusia lazimnya kunjungi sebelum ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan