Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan cara kreatif untuk mematuhi langkah jarak sosial
BERITAmediacorp: Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini memberi amaran pandemik COVID-19 masih pesat menular di sebahagian tempat di dunia, beberapa negara sudahpun membuka semula ekonomi dan menyambung kegiatan sosial seperti biasa, namun dengan langkah berjaga-jaga.
Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan cara kreatif untuk mematuhi langkah jarak sosial. Kafe di Jerman ini memerlukan para pelanggannya memakai topi dengan 'pool noodle' atau pelampung panjang berwarna-warni sebagai cara memastikan mereka sentiasa menjaga jarak selamat antara satu sama lain.
Menjelaskan langkah yang menarik perhatian itu, Cik Jacqueline Rothe, pemilik kafe tersebut berkata: "Dalam masa-masa sukar ini, saya gembira jika saya dapat membuat orang tersenyum."
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.