Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bantahan bagi menuntut keadilan dan kebertanggungjawaban terhadap penguat kuasa undang-undang masih berlanjutan di Amerika Syarikat meskipun hampir sebulan sudah berlalu sejak warga kulit hitam George Floyd terbunuh semasa ditahan seorang pegawai polis kulit putih.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Brandon Bell/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 20 Jun 2020 03:14PM Dikemas Kini : 20 Jun 2020 03:18PM

BERITAmediacorp: Bantahan bagi menuntut keadilan dan kebertanggungjawaban terhadap penguat kuasa undang-undang masih berlanjutan di Amerika Syarikat meskipun hampir sebulan sudah berlalu sejak warga kulit hitam George Floyd terbunuh semasa ditahan seorang pegawai polis kulit putih.

Gambar Pilihan Hari Ini merakam suasana semasa satu bantahan bagi menandakan hari Juneteenth. Gambar itu menunjukkan para anggota Persatuan Muslim Amerika, yang berhimpun menyokong gerakan golongan minoriti, berhenti seketika di tengah-tengah acara untuk solat berjemaah di hadapan St Paul Capitol di Minnesota.

Acara Juneteenth - singkatan untuk June Nineteenth (tanggal 19 Jun) - memperingati tarikh tersebut pada 1865 apabila semua hamba abdi di Texas diisytiharkan bebas di bawah undang-undang persekutuan. Acara ini antara tanggal tahunan yang penting dalam gerakan menuntut keadilan kaum di Amerika. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan