Gambar Pilihan Hari Ini
Apabila dilanda cabaran atau krisis, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan perasaan dan mengatasi rasa tekanan. Seorang kanak-kanak di Vietnam memilih untuk berkarya.
BERITAmediacorp: Apabila dilanda cabaran atau krisis, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan perasaan dan mengatasi rasa tekanan. Seorang kanak-kanak di Vietnam memilih untuk berkarya.
Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan lukisan oleh Nguyen Doi Chung Anh, 10 tahun. Menurut Reuters, Chung Anh melukis untuk meluangkan masa sebaik mungkin sewaktu sekatan pergerakan COVID-19 yang dilaksanakan di negaranya.
Apa yang menarik tentang lukisan-lukisannya selain daripada nilai estetikanya adalah ia sarat dengan rujukan kepada kejadian semasa sepanjang perkembangan situasi COVID-19 di merata dunia. Ini lantas boleh menjadikan karyanya satu rujukan tentang detik-detik penting sepanjang krisis yang membelenggu dunia ini.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.