Gambar Pilihan Hari Ini
Langkah-langkah jarak selamat mungkin lebih mudah dilaksanakan di pusat-pusat beli-belah kerana tempatnya yang tetap. Namun apakah cara untuk menjaga jarak selamat bagi perniagaan tidak berstruktur seperti penjaja di tepi jalan?
BERITAmediacorp: Langkah-langkah jarak selamat mungkin lebih mudah dilaksanakan di pusat-pusat beli-belah kerana tempatnya yang tetap. Namun apakah cara untuk menjaga jarak selamat bagi perniagaan tidak berstruktur seperti penjaja di tepi jalan?
Hanya dengan cat putih dan barisan lurus saja, itulah jawapannya. Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan para penjaja sepanjang sebatang jalan raya di Surabaya, Indonesia, duduk di dalam petak-petak bergaris putih di lantai. Ia merupakan salah satu langkah yang diambil pemerintah untuk memastikan jarak selamat antara penduduk di tengah-tengah kebimbangan pandemik COVID-19.
Setakat Isnin (1 Jun), Indonesia mencatat hampir 27,000 kes COVID-19, dengan angka korban melebihi 1,600. Langkah-langkah sekatan pergerakan di Indonesia berhubung virus korona dijadualkan berakhir pada 4 Jun.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.