Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Alahai, sayang sekali apabila barang berharga ini kelihatan 'terdampar' dengan begitu banyak di tepi pantai.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Twitter/@DrEmmaLJohnston)

Diterbitkan : 29 May 2020 03:49PM Dikemas Kini : 29 May 2020 03:51PM

BERITAmediacorp: Selain cecair pembasmi kuman, pelitup muka boleh dikatakan antara salah satu keperluan yang paling tinggi permintaannya di tengah-tengah pandemik COVID-19. Malah pernah juga dilaporkan sesetengah bahagian dunia berdepan dengan kekurangan bekalan pelindung itu yang penting dalam mencegah titisan atau cecair dari mulut dan hidung terkena orang lain, lantas mengurangkan kemungkinan berlaku jangkitan.

Namun alahai, sayang sekali apabila barang berharga ini kelihatan 'terdampar' dengan begitu banyak di tepi pantai. Gambar Pilihan Hari Ini memetik gambar pantai di Sydney, Australia yang ditaburi dengan bekas-bekas plastik dan pelitup pakai buang. Menurut laporan media, kejadian berlaku akibat kontena-kontena yang terhumban ke laut dari sebuah kapal kargo yang menuju ke Singapura semasa berada dekat perairan Sydney, Australia.

Menurut laporan media dan Penguasa Keselamatan Maritim Australia, 40 kontena yang berada di atas kapal dari China itu terhumban ke laut. Ini menyebabkan pelbagai barangan, dan bukan sahaja pelitup muka, bertaburan sepanjang pantai di kawasan Sydney.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan