Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Dengan pelaksanaan langkah jarak selamat, Hari Raya di tengah pandemik COVID-19 tahun ini jauh berbeza daripada tahun-tahun yang sudah. Meskipun sebilangan masyarakat Islam di sini memanfaatkan teknologi untuk terus eratkan ukhwah, tidak semua yang berkesempatan untuk lakukan demikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Amrin Amin)

Diterbitkan : 24 May 2020 07:06PM Dikemas Kini : 24 May 2020 07:10PM

BERITAmediacorp: Dengan pelaksanaan langkah jarak selamat, Hari Raya di tengah pandemik COVID-19 tahun ini jauh berbeza daripada tahun-tahun yang sudah. Meskipun sebilangan masyarakat Islam di sini memanfaatkan teknologi untuk terus eratkan ukhwah, tidak semua yang berkesempatan untuk lakukan demikian.

Antaranya petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus bekerja seperti yang dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini. Meskipun cuti umum dan hari perayaan, pemandu ambulans dari Lentor Ambulance terus menggalas tanggungjawab menghantar pesakit dari hospital ke kemudahan kuarantin atau pengasingan.

Demi berkongsi keceriaan dan menyuntik semangat perayaan, Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin menyampaikan pek 'Eid Recharge' berupa kuih-muih, kopi dan minuman tenaga yang disumbang pasukan bola sepak wanita Team Ohana dan Arts For Cause Singapore.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Syawal: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan