Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Di tengah-tengah pandemik COVID-19, umat Islam di merata dunia masih cuba meraikan semangat Aidilfitri yang bakal menjelang, dengan cara mereka tersendiri. Golongan yang kurang bernasib baik seperti para pelarian, juga tidak terkecuali.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Kanak-kanak Syria bermain air dalam 'kolam renang' buatan sendiri di belakang lori di sebuah kem pelarian di Idlib, Syria (Gambar: Aaref WATAD/AFP)

Diterbitkan : 23 May 2020 03:25PM Dikemas Kini : 23 May 2020 03:31PM

BERITAmediacorp: Di tengah-tengah pandemik COVID-19, umat Islam di merata dunia masih cuba meraikan semangat Aidilfitri yang bakal menjelang, dengan cara mereka tersendiri. Golongan yang kurang bernasib baik seperti para pelarian, juga tidak terkecuali.

Gambar Pilihan Hari Ini memetik suasana di sebuah kawasan perkhemahan pelarian dalam negeri di Idlib, Syria. Di tengah-tengah cuaca yang panas di penghujung Ramadan, keceriaan terpancar di raut wajah kanak-kanak apabila dapat bermain air - meskipun dalam 'kolam renang' serba sederhana yang dibuat dengan menggunakan kain kanvas belakang sebuah lori.

Perang saudara di Syria yang sudah berlarutan hingga ke hari ini menyebabkan banyak korban jiwa dan memaksa jutaan penduduknya hidup dalam serba kedaifan di kem pelarian dalam negeri sendiri atau di negara-negara jiran.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Syawal: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan