Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan sepanduk yang dipasang di rumah ibu pelakon dan pengarah Rosyam Nor. Dalam memberikan ucapan Aidilfitri, sepanduk itu turut memohon maaf kerana "kami sekeluarga tidak termia kunjungan, 'video call aje'."

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Instagram/Rosyam Nor)

Diterbitkan : 22 May 2020 03:57PM Dikemas Kini : 22 May 2020 04:11PM

BERITAmediacorp: Kerajaan Malaysia membenarkan kunjungan ke rumah sanak saudara sempena Aidilfitri ini, tertakluk pada syarat-syarat tertentu. Namun bagi segelintir rakyat Malaysia, mereka memilih untuk mengambil selangkah lebih lanjut demi menjaga keselamatan keluarga.

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan sepanduk yang dipasang di rumah ibu pelakon dan pengarah Rosyam Nor. Dalam memberikan ucapan Aidilfitri, sepanduk itu turut memohon maaf kerana "kami sekeluarga tidak termia kunjungan, 'video call aje'." Di Instagram Rosyam Nor menerangkan beliau berserta adik-beradik yang tinggal di Kuala Lumpur bersepakat untuk tidak balik kampung untuk beraya kerana ibunya berusia 80 tahun.

Menerangkan lanjut, Rosyam berkata rumah ibunya sering menjadi tumpuan "beratus anak cucu dan anak cucu saudara" tatkala tibanya Raya. Lantaran itu, beliau memasang sepanduk itu sebagai peringatan kepada ahli keluarga agar tidak berkunjung, demi menjaga keselamatan ibunya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Ramadan: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan