Gambar Pilihan Hari Ini
Antara tepung dengan topeng walhal yang dimaksudkan adalah pelitup muka atau "mask".
BERITAmediacorp: Antara tepung dengan topeng walhal yang dimaksudkan adalah pelitup muka atau "mask".
Gambar Pilihan Hari Ini yang tersebar di media sosial menjadi bahan gurauan warga net sekarang.
Silap ejaan atau pemilihan kata, tanpa disemak terlebih dahulu, boleh mendatangkan kekeliruan dan adakalanya salah faham. Namun, dalam konteks semasa di mana seluruh dunia dicengkam penularan COVID-19, maka tidak sukar untuk memahami mesej sebenar yang ingin disampaikan di sini biarpun terdapat kesilapan.
Mujur, belum dilaporkan ada kelibat pelanggan yang betul-betul menyapu muka mereka dengan tepung sebelum memasuki premis berkenaan - yang difahamkan di Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.