Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Seperti yang dijangka, orang ramai beratur panjang berjela pada 12 Mei lalu iaitu hari pertama langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 mula dilonggarkan bertahap-tahap.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Gaya Chandramohan/Mediacorp)

Diterbitkan : 13 May 2020 01:19PM Dikemas Kini : 13 May 2020 01:20PM

BERITAmediacorp: Seperti yang dijangka, orang ramai beratur panjang berjela pada 12 Mei lalu iaitu hari pertama langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 mula dilonggarkan bertahap-tahap.

Situasi ini dapat disaksikan di mana-mana sahaja merata negara, dari kedai gunting rambut atau salon seperti dalam Gambar Pilihan Hari ini, kedai pencuci mulut, kedai optik, kedai menjual barangan keperluan haiwan peliharaan sehinggalah rangkaian restoran makanan segera kegemaran ramai McDonald's.

Orang ramai dapat dilihat mematuhi langkah jarak selamat sedang mereka keluar untuk mendapatkan khidmat yang diingini atau diperlukan. Kakitangan dan pemilik kedai juga memikul tanggungjawab yang sewajarnya untuk mengekalkan tahap kewaspadaan tinggi ketika beroperasi.

Tempoh pemutus rantaian jangkitan dijadual berakhir pada 1 Jun ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan