Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • ramadan syria iftar
    Suasana iftar bagi sebuah keluarga di Idlib, Syria pada 4 Mei 2020 (Gambar: AAREF WATAD/AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Ramadan tahun ini, ramai umat Islam di merata dunia terpaksa melalui bulan suci ini di rumah bersama keluarga, terutamanya pada waktu berbuka puasa.

Ini selepas masjid-masjid ditutup dan langkah jarak selamat dikuatkuasakan pemerintah di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Sungguhpun demikian, bagaimana pula nasib mereka yang tiada lagi mempunyai tempat berteduh?

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan suasana hiba keluarga Tariq Abu Zaid di bandar Ariha, wilayah Idlib, Syria, ketika berbuka puasa. Sedang ramai keluarga lain dapat menikmati juadah dalam suasana selamat dan selesa, keluarga ini terpaksa berbuka puasa di atas runtuhan rumah mereka.

Begitulah antara kesan perang saudara yang sudah berlarutan selama bertahun-tahun di Syria. Bak pepatah, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah - apabila dua kuasa berperang, rakyatlah yang menjadi mangsa kehancuran dan kemusnahannya. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini bulan Ramadan: https://t.me/BERITAmediacorp

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top