Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kuarantin, perintah berkurung atau duduk di rumah pastinya boleh mencapai tahap yang membosankan andai berlarutan bagi tempoh yang panjang. Maka itu, tidak hairanlah jika sesetengah orang akan melakukan sesuatu yang sebelum ini belum pernah dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Sian Cosgrove/Twitter)

Diterbitkan : 01 Apr 2020 03:22PM Dikemas Kini : 01 Apr 2020 03:23PM

BERITAmediacorp: Kuarantin, perintah berkurung atau duduk di rumah pastinya boleh mencapai tahap yang membosankan andai berlarutan bagi tempoh yang panjang. Maka itu, tidak hairanlah jika sesetengah orang akan melakukan sesuatu yang sebelum ini belum pernah dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan.

Dalam Gambar Pilihan Hari Ini misalnya, seorang penduduk di Leeds, England, mula membuat kawan dengan jirannya di seberang jalan. Semuanya tercetus apabila beliau terpikat dengan gelagat kucing peliharaan tetangganya itu yang dikatakan cuba "menggodanya".

Wanita berkenaan kemudian cuba berkomunikasi dengan jirannya untuk "berkenalan" dengan kucing tersebut menerusi nota yang ditampalkan pada kaca tingkapnya.

Nasib baik jiran tersebut perasan dan membalas notanya dengan kaedah yang sama. Sedari itu, mereka sering berbalas nota mengenai kucing berkenaan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan