Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Seorang pegawai polis di India menggunakan pendekatan yang unik untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat India

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Mar 2020 03:34PM Dikemas Kini : 30 Mar 2020 06:29PM

BERITAmediacorp: Seorang pegawai polis menggunakan pendekatan yang unik untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat India.

Pegawai polis Rajesh Babu memakai topi keledar yang berbentuk virus COVID-19 bagi menakutkan orang ramai yang melihatnya ketika beliau melakukan rondaan. Beliau dilihat menahan para pengguna jalan raya dan berusaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan duduk di dalam rumah.

Beliau memberitahu Asian News International: “Kami mengambil segala langkah tetapi orang awam masih keluar. Oleh itu topi keledar COVID-19 ini adalah salah satu langkah bagi memastikan orang ramai menyedari polis serius dalam hal ini.”

“Topi keledar ini adalah satu percubaan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Apabila saya memakainya, para pengguna jalan raya akan teringat tentang COVID-19. Terutamanya, kanak-kanak akan berasa takut melihatnya dan setelah itu, akan ingin dibawa pulang,” kata Encik Rajesh lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan