Gambar Pilihan Hari Ini
Kini, sesetengah penduduk HDB di Singapura tidak perlu lagi menyediakan barang sendiri atau menyeluk saku untuk mencari benda alternatif kepada jari jemari sendiri bagi menekan butang lif.
BERITAmediacorp: Kini, sesetengah penduduk HDB di Singapura tidak perlu lagi menyediakan barang sendiri atau menyeluk saku untuk mencari benda alternatif kepada jari jemari sendiri bagi menekan butang lif.
Ini setelah sebuah kumpulan relawan yang menggelar diri mereka Volunteer Community Patrol merintis inisiatif unik untuk mencegah kemungkinan berlakunya penularan COVID-19 di dalam ruang umum tersebut yang kerap dikongsi anggota masyarakat.
Berbekalkan barang-barang mudah dicari dan tidak menelan belanja yang begitu tinggi, kumpulan relawan itu menyediakan 'cotton bud' untuk kegunaan para penduduk tatkala menaiki lif - siap lengkap dengan kotak untuk membuangnya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.