Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Jika dahulu musim pelancongan bererti pelancong berbondong-bondong untuk bergambar di depan mercu tanda dan daya tarikan dengan senyuman lebar terukir, pemandangan sebegitu kebelakangan ini kelihatan berubah sedikit ekoran penularan virus korona COVID-19 di merata dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Alberto PIZZOLI / AFP)

Diterbitkan : 16 Mar 2020 03:36PM Dikemas Kini : 16 Mar 2020 03:41PM

BERITAmediacorp: Jika dahulu musim pelancongan bererti pelancong berbondong-bondong untuk bergambar di depan mercu tanda dan daya tarikan dengan senyuman lebar terukir, pemandangan sebegitu kebelakangan ini kelihatan berubah sedikit ekoran penularan virus korona COVID-19 di merata dunia.

Lihat saja pada Gambar Pilihan Hari Ini, yang merakam suasana di luar Coliseum di Rom, Itali pada awal Mac. Meskipun masih mempunyai pengunjung, gambar ini dan gambar-gambar media lain menunjukkan sebahagian besar daripada mereka ke situ dengan wajah mereka diselindungi pelitup muka.

Dengan perkembangan situasi COVID-19 kini dan Itali mencatat lebih 1,800 kematian akibat virus itu setakat 15 Mac, orang ramai mungkin akan tertanya-tanya bagaimanakah pemandangan di luar Coliseum hari ini?

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan