Gambar Pilihan Hari Ini
Masjid-masjid di Singapura ditutup buat sementara menyusuli pengesahan dua jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan jemaah Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh besar-besaran di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur antara 27 Februari dengan 1 Mac lalu.
BERITAmediacorp: Masjid-masjid di Singapura ditutup buat sementara menyusuli pengesahan dua jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan jemaah Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh besar-besaran di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur antara 27 Februari dengan 1 Mac lalu. Sejak itu dua lagi peserta Singapura di acara itu disahkan positif virus tersebut.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan Masjid Hajah Fatimah yang sedang dibersihkan secara menyeluruh.
Langkah itu diambil demi keselamatan dan kesejahteraan ramai, khususnya warga tua dan mereka yang menghidap penyakit atau mempunyai sistem imun yang lemah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.