Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pemandangan yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini pasti jarang-jarang sekali dilihat - seekor zirafah putih dan anaknya di dalam habitat liar. Namun sayangnya, ia kini menjadi satu kenangan saja.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

2 ekor zirafah putih yang ditembak mati di Kenya (Gambar: Handout/Ishaqbini Hirola Community Conservancy/AFP)

Diterbitkan : 12 Mar 2020 03:27PM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 03:35PM

BERITAmediacorp: Pemandangan yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini pasti jarang-jarang sekali dilihat - seekor zirafah putih dan anaknya di dalam habitat liar. Namun sayangnya, ia kini menjadi satu kenangan saja.

Media antarabangsa melaporkan, pasangan zirafah ini baru-baru ini ditemui mati berdekatan sebuah kampung di Kenya, yang dipercayai ditembak oleh pemburu. Warna putih pada haiwan tersebut adalah akibat sejenis keadaan perubatan yang jarang berlaku yang menyebabkan sel kulit tidak mempunyai pigmentasi.

Para pencinta haiwan menganggarkan sebelum ini hanya tiga ekor haiwan sedemikian masih wujud di dunia. Dengan kematian dua ekor zirafah ini, dipercayai hanya tinggal seekor saja lagi yang masih hidup.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan