Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Penularan COVID-19 meskipun terkawal di sebahagian negara, masih mencetus kebimbangan di banyak negara lain. Antara kawasan yang mencatat lonjakan jumlah kes baru-baru ini adalah Eropah dan Timur Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Atta Kenare/AFP)

Diterbitkan : 10 Mar 2020 03:21PM Dikemas Kini : 10 Mar 2020 03:26PM

BERITAmediacorp: Penularan COVID-19 meskipun terkawal di sebahagian negara, masih mencetus kebimbangan di banyak negara lain. Antara kawasan yang mencatat lonjakan jumlah kes baru-baru ini adalah Eropah dan Timur Tengah.

Lantaran itu, pelbagai langkah diambil untuk cuba mengelakkan penyebaran lebih lanjut virus korona itu. Sebagai contoh Gambar Pilihan Hari Ini yang dipetik di Tehran, ibu kota Iran. Untuk mengelakkan daripada menyentuh sebarang permukaan, lelaki dalam gambar ini bukan sahaja menggunakan sarung tangan, malah menggunakan lidi pencungkil gigi (toothpick) untuk menekan butang.

Langkah yang mungkin kelihatan terlalu berhati-hati itu menggambarkan tahap kebimbangan sebenar para penduduk. Mentelah lagi setelah pemerintah Iran mengambil langkah menutup sekolah-sekolah dan menggantung pelbagai acara utama demi mengekang penularan COVID-19.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan