Gambar Pilihan Hari Ini
Cukup menyayat hati apabila pasangan suami isteri dalam Gambar Pilihan Hari Ini yang sudah berkongsi hidup selama lebih 60 tahun terpaksa dipisahkan dek penularan virus korona COVID-19.
BERITAmediacorp: Cukup menyayat hati apabila pasangan suami isteri dalam Gambar Pilihan Hari Ini yang sudah berkongsi hidup selama lebih 60 tahun terpaksa dipisahkan dek penularan virus korona COVID-19.
Setelah sang suami dikuarantin di rumah rawatannya di Kirkland, Washington, pasangan warga tua itu - masing-masing dalam usia lewat 80-an - hanya dapat berkomunikasi melalui kaca tingkap sahaja.
Empat penghuni rumah rawatan tersebut dilaporkan sudah meninggal dunia akibat COVID-19.
Anggota-anggota keluarga para penghuni mengadu tentang kekurangan maklumat menyusuli jangkitan virus itu di rumah rawatan tersebut selain menerima laporan bercanggah daripada kakitangannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.