Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Mungkin masyarakat tidak dapat menyimpan teks khutbah beliau kali ini. Namun yang pasti disimpan di hati adalah jasa dan sumbangan Dr Fatris selama sembilan tahun sebagai Mufti Negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Fatris Bakaram)

Diterbitkan : 28 Feb 2020 03:16PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 03:27PM

BERITAmediacorp: Ramai sudah tahu bahawa Dr Fatris Bakaram bakal melepaskan jawatan sebagai Mufti Negara dan jawatan itu akan diambil alih oleh Dr Nazirudin Mohd Nasir mulai Ahad (1 Mac).

Peralihan kepimpinan hujung minggu ini juga bermakna kerana hari ini merupakan kali terakhir Dr Fatris menyampaikan khutbah Jumaat sebagai Mufti Negara. Gambar Pilihan Hari Ini merakam detik bersejarah itu sebagai tanda kenangan dan penghargaan, sambil memaparkan gambar teks khutbah yang ditandatangani oleh Dr Fatris dan dimuatnaikkan ke laman Facebooknya sendiri hari ini.

"Minta maaf banyak-banyak. Yang ini untuk simpanan sendiri, buat kenang-kenangan," tulis Dr Fatris, sambil merujuk kepada insiden 13 Disember lalu di mana beliau menandatangani teks khutbah Jumaat dan ditinggalkannya di Masjid Ahmad, yang terletak di South Bouna Vista Road, sebagai "hadiah" kepada sesiapa yang menemuinya.

Mungkin masyarakat tidak dapat menyimpan teks khutbah beliau kali ini.

Namun yang pasti disimpan di hati adalah jasa dan sumbangan Dr Fatris selama sembilan tahun sebagai Mufti Negara. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan