Gambar Pilihan Hari Ini
"Ambil… mari ambil," kata Dr Siti Hasmah Mohd Ali dengan senyuman sambil menghulurkan coklat.
BERITAmediacorp: "Ambil… mari ambil," kata Dr Siti Hasmah Mohd Ali dengan senyuman sambil menghulurkan coklat.
Pelawaan isteri Perdana Menteri sementara Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menarik perhatian ramai petugas media yang tidak berganjak dari kawasan Perdana Putra sejak kemelut politik melanda negara itu awal minggu ini.
Dr Siti Hasmah berhenti untuk mengagihkan coklat Kit-Kat kepada sekitar 30 wartawan di kawasan tersebut.
Di tengah-tengah kebingkasan wartawan menerbitkan bahan berita, Dr Siti Hasmah sempat memesan kepada para petugas media itu, "Jaga diri ya," sambil tersenyum.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.