Gambar Pilihan Hari Ini
Ini bukan patung maskot bergerak tetapi tiga ekor anak beruang yang sememangnya pandai bercanda.
BERITAmediacorp: Ini bukan patung maskot bergerak tetapi tiga ekor anak beruang yang sememangnya pandai bercanda.
Tiga beradik beruang dalam Gambar Pilihan Hari Ini dilihat membentuk bulatan untuk berjoget mengikut irama, mungkin daripada kicauan burung-burung dan spesies lain, sambil saling berpegangan tangan dalam hutan rimba di Finland berdekatan Suomussalmi.
Sang ibu pula hanya memerhatikan dari belakang gelagat anak-anaknya itu sedang haiwan-haiwan itu bermain dan bergurau seperti kanak-kanak kecil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.