Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Wabak COVID-19 yang menular sekarang memaparkan pelbagai ragam manusia ketika berdepan dengan ancaman virus tersebut di merata dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/ [at] muhammad.faishal.ibrahim1)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 11:47AM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 11:50AM

BERITAmediacorp: Wabak COVID-19 yang menular sekarang memaparkan pelbagai ragam manusia ketika berdepan dengan ancaman virus tersebut di merata dunia.

Pelbagai reaksi dapat dilihat - dari perbuatan murni menyediakan botol cecair pembasmi kuman di lif-lif untuk kegunaan ramai hinggalah ke perbuatan tidak bertanggungjawab seperti membuang pelitup sembarangan.

Dalam gambar yang dikongsi oleh Setiausaha Parlimen Kanan Dr Faishal Ibrahim dalam Facebooknya, beliau menyuarakan kekecewaannya terhadap perbuatan sesetengah individu tidak bertanggungjawab yang membuang pelitup dengan sewenang-wenangnya.

Ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan virus dan kuman merebak dengan mudah.

Sebaik sahaja pelitup digunakan, ia harus dibuang ke dalam tong sampah bagi menjaga kebersihan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan