Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Perhatian peminat sukan mungkin tertumpu kepada persiapan Sukan Olimpik Tokyo yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun di satu bahagian berbeza di dunia, satu acara sukan turut dianjurkan - siap dengan penyertaan 'Usain Bolt' sekali!

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Rathan Barady/AFP)

Diterbitkan : 17 Feb 2020 02:33PM Dikemas Kini : 17 Feb 2020 02:40PM

BERITAmediacorp: Perhatian peminat sukan mungkin tertumpu kepada persiapan Sukan Olimpik Tokyo yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun di satu bahagian berbeza di dunia, satu acara sukan turut dianjurkan - siap dengan penyertaan 'Usain Bolt' sekali!

Gambar Pilihan Hari Ini merakam suasana sekitar acara Kambala. Ia merupakan satu acara lumba kerbau yang diadakan di daerah Dakshina Kannada, sekitar 30 kilometer dari Mangalore. Dalam gambar ini kelihatan Srinivas Gowda, berlumba bersama kerbau-kerbaunya.

AFP melaporkan bahawa penguasa sukan India pada 15 Feb mengumumkan bahawa ia akan mengadakan sesi uji bakat bagi belia yang menerima jolokan 'Usain Bolt' India di media sosial setelah beliau mencatat rekod terpantas bagi perlumbaan Kambala.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan