Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Hati siapa yang tidak berbunga andai menerima hadiah dalam Gambar Pilihan Hari Ini?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: HQ Flower/Facebook)

Diterbitkan : 16 Feb 2020 01:09PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 01:12PM

BERITAmediacorp: Hati siapa yang tidak berbunga andai menerima hadiah dalam Gambar Pilihan Hari Ini?

Biasanya, apabila tiba hari istimewa, hadiah dipersembahkan dalam bentuk barangan. Namun, seorang pelanggan di sebuah kedai bunga di Changi mempunyai satu permintaan luar biasa.

Bukan kuntuman bunga yang mahu dijadikan jambak tetapi kepingan wang kertas digulung dan disusun rapi berbentuk hati, khas buat ibu tersayang.

Wang-wang kertas yang digunakan pula adalah dalam gabungan jenis mata wang S$50, S$100 dan S$1,000.

Satu idea yang menarik lagi tidak membazirkan, bukan?

Bagi bakal mempelai yang suka DIY, mungkin ini boleh diilhamkan sebagai wang hantaran anda sendiri.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan