Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi 1402
    (Gambar: QQ/media sosial)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Hari bersilih ganti dan wabak virus korona COVID-19 kian mencengkam.

Bukan sahaja manusia mengamalkan langkah berjaga-jaga ke atas diri mereka sendiri, nampaknya perihal yang sama juga dilakukan kepada haiwan peliharaan kesayangan mereka.

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan kucing memakai pelitup ini dipercayai dipetik di China.

Biarpun kelihatan lucu, tindakan pemilik yang berbuat demikian menggambarkan betapa beliau amat menyayangi haiwan peliharaannya dan berusaha sedaya upaya melindunginya di tengah-tengah penularan virus COVID-19. 

- BERITAmediacorp/FZ/fz

Top