Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sekeping gambar yang memaparkan dua ekor tikus seakan-akan bergaduh di sebuah stesen kereta api bawah tanah berupaya membawa tuah kepada jurugambarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Sam Rowley/WPY/Instagram)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 02:26PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 02:30PM

BERITAmediacorp: Sekeping gambar yang memaparkan dua ekor tikus seakan-akan bergaduh di sebuah stesen kereta api bawah tanah berupaya membawa tuah kepada jurugambarnya.

Gambar Pilihan Hari Ini dipetik oleh Sam Rowley, seorang jurugambar yang begitu tertarik dengan tikus sehingga beliau meluangkan masa selama seminggu di stesen kereta api bawah tanah di London semata-mata untuk memetik gambar itu.

Kedua-dua tikus itu, kata Rowley, sebenarnya berebut cebisan sisa makanan. Lebih membanggakan lagi, Rowley berjaya memenangi Anugerah Jurugambar Hidupan Liar, dengan gambar berjudul "Station Squabble" itu menjadi gambar terbaik dengan mendapat 28,000 undian dari orang ramai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan