Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sekarang ini tular pelbagai gambar di media sosial menunjukkan sebahagian orang 'cemas' hingga 'memborong' barangan di pasar-pasar raya. Ada yang menunjukkan rak-rak 'botak licin' atau bakul-bakul pasar penuh menggunung. Rata-rata gambaran kelakuan yang diberi agak buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 09 Feb 2020 05:37PM Dikemas Kini : 09 Feb 2020 05:42PM

BERITAmediacorp: Sekarang ini tular pelbagai gambar di media sosial menunjukkan sebahagian orang 'cemas' hingga 'memborong' barangan di pasar-pasar raya. Ada yang menunjukkan rak-rak 'botak licin' atau bakul-bakul pasar penuh menggunung. Rata-rata gambaran kelakuan yang diberi agak buruk.

Namun Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan satu gambaran lebih positif. Kereta pemandu Grab bernama Fabian Yong ini seperti 'mini' minimart. Ada air botol, coklat, biskut, gula-gula pelbagai macam dan tisu - semuanya percuma untuk pelanggan yang menaiki keretanya. Beliau malah menyediakan sanitiser tangan untuk digunakan! Seronok menaiki kereta Grab beliau.

Ditanya berapa beliau belanjakan setiap bulan untuk 'minimart percuma' ini, Encik Yong menjawab bahawa ini bukan soal wang ringgit. Yang penting, beliau mahu penumpangnya 'happy'. Tentunya ini sikap yang boleh dicontohi orang ramai.

LAPORAN BERKAITAN:


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan