Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

tengah-tengah masa mencabar seperti penularan virus korona baru yang dihadapi banyak negara sedunia, ramai yang memilih untuk mencetuskan kebimbangan. Namun dalam kalangan masyarakat terdapat juga insan yang memilih untuk mengambil sikap positif dan menghulurkan bantuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Collike)

Diterbitkan : 04 Feb 2020 04:58PM Dikemas Kini : 04 Feb 2020 05:10PM

BERITAmediacorp: Di tengah-tengah masa mencabar seperti penularan virus korona baru yang dihadapi banyak negara sedunia, ramai yang memilih untuk mencetuskan kebimbangan. Antaranya, penyebaran berita palsu yang hanya menimbulkan lebih keresahan dan mungkin menyebabkan pecah-belah.

Namun dalam kalangan masyarakat terdapat juga insan yang memilih untuk mengambil sikap positif dan menghulurkan bantuan. Gambar Pilihan Hari Ini memetik gambar yang tular di media sosial, menunjukkan satu contoh perbuatan yang murni. Bermula di sebuah blok di Punggol Field, penduduk yang tidak dikenali identitinya meletakkan bahan pembami kuman dan pelitup muka di tempat awam untuk kegunaan sesiapa yang memerlukan.

Dilaporkan dalam catatan dan ruang-ruang komen Facebook, tindakan sedemikian mula ditiru di beberapa blok dan kawasan lain, di tengah-tengah kebimbangan sesetengah pihak berhubung sukarnya mendapatkan bekalan barang-barang itu dari cawangan-cawangan runcit. Mudah-mudahan sikap murni sebegini terus mekar dalam kalangan masyarakat sedang kita mengharungi penularan virus ini. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan