Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tugas menjaga keselamatan negara sememangnya bukan satu tugas yang mudah. Sejak kebelakangan ini, tanggungjawab yang digalas semakin berat kerana mereka juga perlu lebih bersiap siaga terhadap kemungkinan berlakunya penularan virus korona Wuhan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Amrin Amin)

Diterbitkan : 27 Jan 2020 03:16PM Dikemas Kini : 27 Jan 2020 03:25PM

BERITAmediacorp: Tugas menjaga keselamatan negara sememangnya bukan satu tugas yang mudah. Selain sentiasa perlu berwaspada terhadap sebarang ancaman keselamatan, para pegawai juga mengorbankan masa bersama keluarga pada cuti umum seperti hari ini untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

Sejak kebelakangan ini, tanggungjawab yang digalas semakin berat kerana mereka juga perlu lebih bersiap siaga terhadap kemungkinan berlakunya penularan virus korona Wuhan. Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan wira-wira barisan hadapan kita yang cekap menjalankan tugas harian mereka sambil memikul tanggungjawab tambahan memeriksa suhu badan dan kesihatan setiap individu yang merentasi sempadan negara.

BERITAmediacorp menabik pengorbanan para pegawai yang bertungkus lumus menjalankan tugas dan menjadi benteng pertahanan pertama Singapura sedang negara ini menangani penularan virus korona.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan