Gambar Pilihan Hari Ini
Letusan gunung berapi Taal pada awal bulan ini menyebabkan ribuan warga Filipina dipindahkan dari rumah masing-masing.
BERITAmediacorp: Letusan gunung berapi Taal pada awal bulan ini menyebabkan ribuan warga Filipina dipindahkan dari rumah masing-masing. Sepertimana berlaku apabila terjadinya bencana sebelum ini, bantuan dalam bentuk wang atau keperluan asas akan dihulurkan dengan niat untuk meringankan beban mereka yang terjejas.
Apabila bantuan yang kurang sesuai dihulurkan, ia boleh menjadi bahan senda. Seperti yang dirakam dalam Gambar Pilihan Hari Ini, beberapa media online melaporkan para penduduk yang dipindahkan menerima pelbagai pakaian, namun sebahagiannya tidak sesuai untuk dipakai.
Lantas tularlah gambar-gambar online yang menunjukkan para penduduk di pusat perlindungan memperagakan pakaian dengan gaya yang lucu untuk menghiburkan hati.
Selain busana pengantin yang diperagakan lelaki dalam gambar ini, terdapat banyak pakaian lain seperti 'suit' dan seragam sekolah yang turut dijadikan 'bahan' jenaka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.