Gambar Pilihan Hari Ini
Apabila benar-benar ingin berniaga seperti menjual sesuatu produk, terutamanya produk makanan, serba-serbinya perlu diberi perhatian. Bungkusannya perlu cantik, gambarnya juga perlu membangkitkan selera, barulah dapat memikat pelanggan. Namun kalau nama dan ejaannya tersilap...
BERITAmediacorp: Apabila benar-benar ingin berniaga seperti menjual sesuatu produk, terutamanya produk makanan, serba-serbinya perlu diberi perhatian. Bungkusannya perlu cantik, gambarnya juga perlu membangkitkan selera, barulah dapat memikat pelanggan.
Namun dalam banyak-banyak perkara yang perlu diteliti, ada satu yang perlu disemak betul-betul: nama dan produk. Jika tidak, kecoh jadinya. Lihat saja pada Gambar Pilihan Hari Ini.
Dipetik di sebuah gerai di atrium Suntec City baru-baru ini yang menjual snek sempena Tahun Baru Cina, ia menunjukkan bekas-bekas yang mengandungi kuih baulu. Namun yang menarik perhatian bukan isinya tetapi label pada bekasnya - kuih 'bulu'.
Macam-macam bulu yang ada, bulu arnab putih (White Rabbit) ada, bulu laici pun ada!
Pesan orang bijak pandai, kalau ingin membuat kawan, jangan pilih bulu. Namun nampaknya bila membeli kuih untuk musim perayaan, pilih saja bulu yang berkenan di hati!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.