Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Para pengkaji menganggarkan ikan kerapu Warsaw yang ditangkap seorang lelaki di Florida bulan lalu berusia 50 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 01:13PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 01:21PM

BERITAmediacorp: Para pengkaji menganggarkan ikan kerapu Warsaw yang ditangkap seorang lelaki di Florida bulan lalu berusia 50 tahun.

Bahkan, ikan tersebut diiktiraf sebagai kerapu tertua dalam rekod negeri itu.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan Encik Jason Boyll berdiri di sisi tangkapannya seberat 160 kilogram! Namun kerapa jenis Warsaw boleh membesar sehingga mencecah 260kg.

Para penyelidik di institut penyelidikan Florida Fish and Wildlife Conservation Commission (FWC), menganggarkan usia kerapu Warsaw itu selepas memeriksa ‘otolith’ atau butiran kalsium yang terbentuk di belakang otak ikan bertulang.

FWC, dalam paparan di laman Facebooknya, menyatakan bahawa sampel ikan itu adalah yang tertua pernah direkodkan bagi program penyelidikan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan