Gambar Pilihan Hari Ini
Jakarta baru-baru ini dilanda banjir akibat hujan lebat., menjejas jutaan penduduk. Namun di tengah-tengah musibah yang melanda, terdapat juga dalam kalangan penduduk yang lebih bernasib baik dan menunjukkan sikap positif demi membangkitkan semangat.
BERITAmediacorp: Jakarta baru-baru ini dilanda banjir akibat hujan lebat. Jutaan penduduk dilaporkan terjejas, dengan ratusan ribu dipindahkan manakala sekurang-kurangnya 66 orang meninggal dunia akibat bencana alam itu.
Namun di tengah-tengah musibah yang melanda, terdapat juga dalam kalangan penduduk yang lebih bernasib baik dan menunjukkan sikap positif demi membangkitkan semangat. Kumpulan belia yang dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini adalah salah satu contoh yang tular di media sosial.
Siap duduk di tepi tangga lengkap dengan gitar elektrik di tengah-tengah bah, mereka muat naik gambar ini ke sebuah laman sembang Facebook, dengan kapsyen "Perkenalkan band saya... band djirr".
Diharapkan bencana yang menimpa para penduduk ibu kota Indonesia itu akan segera berlalu dan semoga lebih ramai yang akan tampil seperti 'kugiran' band jirr ini untuk menyebarkan semangat positif dan keceriaan di tengah-tengah masa-masa sukar ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.