Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kebakaran belukar yang dahsyat di Australia dijangka menyebabkan haiwan kegemaran ramai berada di ambang kepupusan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
Diterbitkan : 05 Jan 2020 06:13PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 06:16PM

BERITAmediacorp: Kebakaran belukar yang dahsyat di Australia dijangka menyebabkan haiwan kegemaran ramai berada di ambang kepupusan.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan situasi menyayat hati - seekor kangaroo yang terperangkap dalam kebakaran belukar yang semakin marak.

Hampir separuh bilion haiwan diramalkan mati akibat kebakaran yang kini sudah meranapkan 12 juta ekar tanah - sebuah kawasan yang seluas hampir 70 peratus saiz Ireland.

Di Kangaroo Island, dua orang maut dan ratusan koala dikhuatiri mati. Angka korban sejauh ini mencecah 23 orang dan lebih 1,500 rumah musnah akibat kebakaran tersebut.

Para pakar hidupan liar menganggarkan sekurang-kurangnya 8,000 koala sudah mati. Jumlah itu adalah hampir 30 peratus daripada seluruh jumlah koala di New South Wales.  

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan