Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Di Thailand, rakyatnya menggunakan pelbagai cara kreatif untuk menyesuaikan diri dengan pengharaman beg plastik, termasuk ragam mencuit hati seperti yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Facebook/ROV ไหมละ)

Diterbitkan : 03 Jan 2020 02:34PM Dikemas Kini : 03 Jan 2020 02:44PM

BERITAmediacorp: Perubahan iklim sejak kebelakangan ini menjadi topik perbualan yang hangat di merata dunia, termasuk dalam kalangan masyarakat yang sebelum ini mungkin mengambil pendekatan acuh tak acuh terhadap isu tersebut.

Manakan tidak, semakin banyak laporan tersebar di media kebelakangan ini mengenai kesan negatif terhadap alam sekitar. Pelbagai langkah kini diambil oleh pihak berkuasa untuk merubah gaya hidup orang ramai untuk mengurangkan kesan tidak diingini terhadap alam sekitar.

Lihat saja di Thailand, yang menjadi negara terbaru menyertai gerakan menghentikan penggunaan beg plastik. Rakyatnya menggunakan pelbagai cara kreatif untuk menyesuaikan diri dengan pembaharuan itu, termasuk ragam mencuit hati seperti yang dipetik Gambar Pilihan Hari Ini.

Meskipun ia dijadikan bahan tular online yang boleh membuat pembaca tergelak, harapannya adalah akan timbul juga kesedaran serius dalam masyarakat online agar menitikberatkan kesan alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan